Monday, July 23, 2012

Lirik Lagu Tuhan Jagakan Dia – Motif Band





Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


p/s: so sweet..to my abg abg..this is fot you..luve u..


Thursday, July 19, 2012

RAMADAN AL-MUBARAK

Assalammualaiku w.b.t

Ramadan bakal menjelang tiba.Rasanya baru sahaja rupanya ramadan bakal tiba. Cepatnya kedatangan ramadan dan cepatnya ramadan pergi. Jadi janganlah sia-siakan bulan yang mulia ini. Buatlah senarai perkara-perkara kebaikan yang ingin dilakukan dalam bulan yang mulia ini.

Thursday, February 2, 2012

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

 
Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

 
Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

 
Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Bacaan ketika rukuk

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Doa Qunut

2hb Februari 2012

salam.
cepatnya masa berlalu. sudah pun masuk bulan dua dan hari pertama berkerja pada bulan ini. berakhir sudah bulan 1. kerja masih belum dapat. dengan berakhirnya bulan satu maka kontrak hanya tinggal 11 bulan sahaja lagi. kerja di sini confirm atau macam tak nak diserap. entahnya katanya macam banyak sangat kelemahna. memang kelemahan itu diakui ada dalam diri ini. entah bilalah ku dapat mengatasi kelemahan ini. mungkin pada saat itu hati lebih tenang dan kerja senang dapat. seperti seorang kawan dalam pejabat ini, setelah mendapat offer yang lebih baik di tempat lain. senang sahaja nak bergerak kemana sahaja. padaku memang susah nak dapat kerja baru, akan tetapi aku seharusnya berusaha sampai dapat walaupun peluang selalu tipis. pernah juga terpikir nak menulis, nak buat novel macam novel popular 'aku budak setan' dan juga 'ombak rindu'. banyak juga terbaca ramai yang berjaya melalui menulis novel. tapi kena la mencuba dan pandai mereka atau mengarang cerita yang menarik. untuk melatih menulis ini, saya pun mula la start blogging. mana la tau suatu hari nanti boleh menulis. walaubagaimanapun tak rugi apa pun kalu belajar menulis kat blog ni. blog ni macam sebuah dairi plak bagi aku..follower tak ramai pun. so, tulis pe la yang aku suka. aduh..masalah berblogging ini..PC saya kat ofis je..adoi... ramai pemerhati..tak ada personal PC..tak pe itu pun satu impian jugak nak beli PC..one day.


p/s: bestnya kalu banyak cerita. 

Tuesday, January 31, 2012

Anugerah Juara Lagu 26 - 29 Jan 2012

Tahniah.. Tahniah.. Tahniah



Wah..banyak tahniah tu. itu menunjikkan bahawa saya sangat suka lagu tersebut menang..Awan Nano nyanyian oleh Hafiz, Lagu oleh M.Nasir dan penulis lirik oleh Budi Hikayat..lagu yang baik..lirik yg baik juga.
cuma pada malam tersebut pakaian hafiz agak kurang sesuai. walaupun ia adalah berdasarkan kepada video klip..tetapi Hafiz..hafiz..hafiz.. banyak nama dia tu..menunjukkan tak berapa ok pakaian penyanyi ini pada malam tersebut, walaupun dia membuat persembahan untuk related kepada klip video nya..tetapi hari tersebut adalah pertandingan ataupun Anugerah.. sebolahnya biarlah pakaian lebih macam masuk pertandingan. Baju anugerah gitu..heheh..



Manakala my Favorite artist Faizal Tahir pun menang..wah..memamng rezeki FT la..walaupun semua lagu baik and bagus juga..tapi FT menang tempat ke-3..Tahniah juga wat FT..kalu hari tu FT bawa siti rasanya lagi gempak yo...hehhe...



Alyah pun bagus..persembahan tu memang terbaik...permulaan yang pelik..tetiba ada...wah.. persembahan terbaik la...sememangnya Alyah deserve to win..TQ..


p/s: semua seronok la...;-)

Jawatan Kosong

SALAM..
HAHAH...entry saya pada hari ini ialah jawatan kosong. setelah sekian lama..baru setahun kerja. tapi masalahnya jawatan sekarang adlah kontrak, hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi. setelah setahun maka dengan ini..wah macam mengumumkan tarikh tengok anak bulan pulak.. maka dengan saya kenalah berusaha bersungguh0sungguh untuk mencari kerja baru. hahaha...padan muka..dulu orang suruh minta cikgu tak nak..kan sekarang di umur..tettt..dirahsiakan..sedang mencari lagi kerja tetap..hhuhuhu....

Insyaallah rezeki Allah S.W.T itu ada dimana-mana sahaja..cuma kita sebagai manusia ini perlulah berusaha..
AMIN..
itulah kata-kata hikmat semoga saya terus berusaha..ermm...:-)

P/S: hari2 tengok jobstreet..tekan2 xdpt pon..minta kerajaan susah plak..Caiyok2..untuk diri sendiri.

Friday, January 27, 2012

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

p/s: best lagu pokok tapi sayang tak masuk AJL.huhu..tapi takpe lagu nie best la dihatiku.