Tuesday, January 31, 2012

Anugerah Juara Lagu 26 - 29 Jan 2012

Tahniah.. Tahniah.. Tahniah



Wah..banyak tahniah tu. itu menunjikkan bahawa saya sangat suka lagu tersebut menang..Awan Nano nyanyian oleh Hafiz, Lagu oleh M.Nasir dan penulis lirik oleh Budi Hikayat..lagu yang baik..lirik yg baik juga.
cuma pada malam tersebut pakaian hafiz agak kurang sesuai. walaupun ia adalah berdasarkan kepada video klip..tetapi Hafiz..hafiz..hafiz.. banyak nama dia tu..menunjukkan tak berapa ok pakaian penyanyi ini pada malam tersebut, walaupun dia membuat persembahan untuk related kepada klip video nya..tetapi hari tersebut adalah pertandingan ataupun Anugerah.. sebolahnya biarlah pakaian lebih macam masuk pertandingan. Baju anugerah gitu..heheh..



Manakala my Favorite artist Faizal Tahir pun menang..wah..memamng rezeki FT la..walaupun semua lagu baik and bagus juga..tapi FT menang tempat ke-3..Tahniah juga wat FT..kalu hari tu FT bawa siti rasanya lagi gempak yo...hehhe...



Alyah pun bagus..persembahan tu memang terbaik...permulaan yang pelik..tetiba ada...wah.. persembahan terbaik la...sememangnya Alyah deserve to win..TQ..


p/s: semua seronok la...;-)

Jawatan Kosong

SALAM..
HAHAH...entry saya pada hari ini ialah jawatan kosong. setelah sekian lama..baru setahun kerja. tapi masalahnya jawatan sekarang adlah kontrak, hanya tinggal 1 tahun sahaja lagi. setelah setahun maka dengan ini..wah macam mengumumkan tarikh tengok anak bulan pulak.. maka dengan saya kenalah berusaha bersungguh0sungguh untuk mencari kerja baru. hahaha...padan muka..dulu orang suruh minta cikgu tak nak..kan sekarang di umur..tettt..dirahsiakan..sedang mencari lagi kerja tetap..hhuhuhu....

Insyaallah rezeki Allah S.W.T itu ada dimana-mana sahaja..cuma kita sebagai manusia ini perlulah berusaha..
AMIN..
itulah kata-kata hikmat semoga saya terus berusaha..ermm...:-)

P/S: hari2 tengok jobstreet..tekan2 xdpt pon..minta kerajaan susah plak..Caiyok2..untuk diri sendiri.

Friday, January 27, 2012

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

p/s: best lagu pokok tapi sayang tak masuk AJL.huhu..tapi takpe lagu nie best la dihatiku.

Wednesday, January 18, 2012

BANYAK KE IDEA???

Salam..ehem...
kadang-kadang banyak je idea yg keluar..dah depan PC tak de plak idea nie..
sebab tu la kebanyakan penulis novel ke, penulis lirik ke lagu ke, selalunya bila idea datang je sepat-cepat diorang tulis.. kenapa?? sebab takut nanti idea tu hilang..
contohnya macam saya la.. kat rumah banyak je idea nie..bila depan PC nie..
HILANG plak idea nie..

IDEA oh.. IDEA DATANGLAH..heheh..


p/s: kenapa saya tulis post nie...sebab idea nie je yg datang..hahaha..

Monday, January 16, 2012

WELCOME BACK..

Salam..
Lama sudah rasanya tak update kat blog nie.Mungkin salah satu sebabnya sibuk sangat kerjanya. Tetapi kadang-kadang ada sahaja nasanya. Tak tahulah kenapa lama tak blogging nie. Baru petang semalam terpikir rasa-rasanya nak menulis balik setelah lama tak menulis rasa dihati, hanya simpan untuk rasa diri sendiri. Bila terfikir nak menaip balik disebabkan nak practise..WAH... nak latih menulis, kot-kot la boleh jadi penulis novel. Macam novel glamour Ombak Rindu..huhu..heheh..
So, back to on track..hahah...

Welcome Back...

Wasalam..

p/s: :-)