Faizal Tak Mahu Dedah Konsep Persembahan |
![]() |
Betul ke Faizal Tahir akan buat persembahan di dalam air pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) nanti? Pasti ramai yang ingin tahu bukan? Maklumlah belum ada lagi penyanyi yang mampu buat begitu dalam sejarah penganjuran AJL yang masuk ke 25 tahun. ![]() Kesempatan bertemu dengan Faizal pada sidang media AJL 25 kelmarin memberi peluang kepada GUA untuk mengetahui cerita sebenar. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu ‘Hanyut’ dan ‘Selamat Malam’ ini, dia tidak tahu bagaimana boleh timbul cerita yang dia akan menyanyi dalam air untuk malam kemuncak itu nanti. “Saya dapat tahu perkara ini didedahkan di dalam forum cari.com.my yang kononnya saya akan bawa satu kolam ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ‘Hanyut’ nanti. Saya pun tidak tahu macamana pihak lain yang lebih tahu tentang persembahan saya itu. Ini kerana buat masa ini kami masih dalam perbincangan. Tidak ada sebarang keputusan yang diambil. Terus-terang saya katakan, sehingga hari ini saya dan pihak pengurusan saya masih belum mencapai kata putus,” jelas Faizal bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, Faizal tidak berahsia tentang konsep persembahannya untuk lagu ‘Selamat Malam’. Jelas penyanyi yang mendapat jolokan ‘Superman Malaysia’ ini dia akan tampil bersama pemuziknya sahaja untuk menyampaikan lagu itu. “Saya tidak mahu libatkan penari atau pelakon untuk lagu ‘Selamat Malam’. Hanya saya dan pemuzik yang akan tampil membuat persembahan. Saya mahu penonton fokus pada lagu ini sendiri, bukan benda-benda lain,” ujar Faizal. Ditanya sama ada dia merasa terbeban dengan harapan tinggi peminat terhadap dirinya, Faizal menjelaskan dia tidak pernah berasa sebegitu. Sebaliknya, dia menganggap apa yang diiinginkan oleh peminatnya adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. “Saya tidak rasa terbeban atau tertekan apabila peminat mengharapkan yang terbaik daripada saya. Bagi saya, ia adalah cabaran yang perlu dihadapi. Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab untuk tampil dengan idea yang boleh membuat peminat kagum. Sebuah persembahan yang hebat pasti akan diingati dalam tempoh yang lama. Jadi, tidak salah untuk memberikan yang terbaik,” tambah Faizal lagi. Berbicara tentang harapannya untuk AJL 25, Faizal memberitahu dia tidak mensasarkan kemenangan untuk anugerah berprestij itu. Sebaliknya, dia mempunyai misi untuk membuat persembahan yang bakal diingati dalam tempoh yang lama. Sebelum ini Faizal pernah muncul bertongkat sewaktu persembahannya selain melakukan persembahan sambil dikenakan pakaian dan digunting rambut di AJL tahun lalu. Faizal juga pernah terbang sewaktu membuat persembahan di AIM. Faizal akan naik ke pentas untuk giliran ke lapan dan ke 12 pada malam AJL 25 nanti. Lagu ‘Selamat Malam’ akan disampaikan sebelum lagu ‘Hanyut’. Sumber dari gua.com p/s : ini ada beberapa rangkuman berita yang saya cilok dari sebuah website stesen muzik yang juga my favorite radio la...dan semestinya yang dicilok adalah mengenai artis POJAAN HATIKU.. walaubagaimanapun good luck la kepada FT..tidak kira la samada persembahan atau nyanyian.Kedua-dua harus seiring baru gempak kan. adioss.. |
Monday, December 20, 2010
Heheh..FT my favorite artist..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment